Friday, November 20, 2009

PERKONGSIAN ILMU



Author: Dr.Rozieta Shaary

Title: Membina anak-anak cemerlang

Imprint: Petaling Jaya, True Wealth Sdn Bhd

Edisi Pertama Ogos 2008

Harga: RM39.90

Buku ini menyingkap rahsia keibubapaan cemerlang untuk era baharu. Di dalamnya terkandung perkakasan yang baharu dan berkuasa, disamping strategi-stratedii dan teknik-teknik untuk mengasuh anak-anak kita menjadi individu yang berjaya dan mempunyai moral dan akauntabiliti yang tinggi; secara ringkasnya, individu yang mempunyai personaliti perkasa.

Kerlipan Mutiara di dalam buku ini;

  • Idea hebat dalam membina personaliti perkasa dalam diri anak-anak anda
  • 6 kesilapan yang perlu anda hindarkan ketika membesarkan anak-anak
  • 3 langkah dalam membina keyakinan diri, keberanian dan rasa hormat diri yang tinggi dalam diri anak anda
  • 5 cara untuk motivasikan anak anda demi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan hidup
  • Strategi berkesan dalam mencetuskan kemahuan untuk belajar dalam diri anak anda
  • mempelajari teknik komunikasi berkesan yang menjalinkan ikatan erat antara anda dengan anak anda
  • Menyingkap rahsia kuasa yang terunggul dalaam mendorong anak anda ke arah kejayaan

Tuesday, October 20, 2009

Sekitar aktiviti-aktiviti sukan Kelab Perpustakaan UMP












Kuantan, 02 Jun 2009 Kelab Sukan Perpustakaan UMP menganjur kejohanan Badminton tertutup yang bertempat di Dewan Orang ramai Sg. Isap Jaya. Penyertaan sangat menggalakkan daripada staff perpustakaan. Objetif penganjuran tersebut ialah antaranya mengeratkan silaturahim , beriadah untukmenyihatkan kesihatan tubuh badan dan memenuhi masa lapang. Kejuaraan tersebut dimenangi oleh pasukan UDANG GALAH iaitu terdiri daripada nazri dan eswadi manakala naib juara di sandang oleh pasukan SIAKAP MERAH terdiri Sharil dan Amirul.